Gimik Produk Tak Kena Tempat, Datuk Aliff Syukri Dikecam Kerana Singgung Perasaan Penyanyi Dan Penonton Ini

Datuk Aliff Syukri kalau tak terpalit dengan sebarang kontroversi memang tak sah kan! Kali ini pulak melibatkan rancangan Gegar Vaganza 5 berlangsung semalam, di mana Datuk Aliff sebagai penaja akan promote produk ‘Terlajak Laris’nya sebagai salah satu segmen dalam GV.

Dengarnya, Datuk Aliff buat gimik tak kena tempat sampai menyinggung bukan saja hati penonton tapi penyanyi lagu Amalina, Santesh. Perkara ni disuarakan penyanyi Imran Ajmain di Twitter.

“Dia pergi kat satu girl, terus cakap that girl punya muka macam bomoh…”

Bagi siapa yang tonton GV semalam, korang mesti perasan ada dua kejadian melibatkan Datuk Aliff yang buat ramai tak puas hati. Ini apa yang netizen ceritakan berlaku:

Ouch kasar jugak gimik Datuk Aliff ni ye! 

“Saya sangat malu dan terkesan dengan tindakan Datuk Aliff Syukri” 

Perlakuan Datuk Aliff pada malam semalam mengundang kecaman hebat netizen, termasuklah penyanyi Imran Ajmain yang rasa malu kenapa Datuk Aliff boleh keluarkan statement tentang warna kulit dan wajah ‘hodoh’ seseorang sebab ia sangat rasis dan melampau.

“Aliff Syukri juga tergolong dalam IQ tahap carrot” 

Walau macam manapun, netizen nampaknya tak terkejut dengan apa yang dilakukan Datuk Aliff sebab dah terbiasa dengan perangai jutawan kosmetik ni. Fuh netizen pun dah lali dengan dia! Apa-apapun ramai jugak yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan Imran Ajmain ni.

Penonton ‘malang’ boleh saman Aliff Syukri

Malah di Twitter ada juga netizen yang syorkan supaya perempuan terbabit saman je Datuk Aliff. Dia juga siap bagi contoh-contoh kejadian memalukan tersebar di media yang membolehkan seseorang tu buat saman malu dan tuntut ganti rugi.Fuh marah benar korang dengan Abang Kosmetik ni! 

Apa-apapun diharapkan perkara macam ni jangan berlanjutan sampai bawa kes ke mahkamah. Mungkin juga Datuk Aliff nak bergurau je tu. Tapi dalam bergurau kita kena jaga sensitiviti orang sekeliling takut ada yang terasa. Harap Datuk Aliff juga anggap perkara ni sebagai teguran dan iktibar yang baik untuk dirinya.

Hitam, putih, lawa atau hodoh, tak penting semua tu. Yang penting hati mau bersih okay! 

Kredit :  Lobak Merah & KLViral

Sumber:Kucinghitamm.com

Powered by WPeMatico